Istilah dan pembezaan Kriogenik

KriogenikCabang fizik dan kejuruteraan yang melibatkan kajian suhu yang sangat rendah, bagaimana untuk menghasilkannya dan bagaimana bahan-bahan berperilaku dalam suhu ini.KriobiologiCabang biologi berkenaan kajian kesan suhu rendah pada organisma (biasanya bertujuan untuk mencapai kriopengawetan).KriopembedahanCabang pembedahan yang mengenakan suhu yang amat rendah (di bawah -196 °C) untuk memusnahkan tisu-tisu malignan seperti sel kanser.KrionikTeknologi perubatan baru yang mengkrioawetkan manusia dan haiwan untuk dihidupkan semula pada masa hadapan. Para pengkaji dalam bidang ini cuba untuk menggunakan hasil pelbagai bidang sains, termasuk kriobiologi, kriogenik, reologi, ubatan kecemasan dan sebagainya. "Kriogenik" biasanya digunakan secara salah untuk merujuk kepada "krionik" dalam budaya popular dan oleh media.[1]KrioelektronikBidang kajian berkenaan keberaliran super dalam suhu yang sangat rendah.KriotronikPenggunaan praktikal krioelektronik.